PEROSES NORMAL LABOUR
Kebanyakan kelahiran berlaku secara spontan, iaitu sakit bersalin tercetus secara tiba2 apabila sudah sampai cukup bulan atau 'term' iaitu mulai 37 hingga 40 minggu umur kandungan. Tarikh EDD biasa dikitra 40 minggu dari hari pertama haid terakhir.
Bagaimana sakit bersalin bermula ?
Sebenarnya kita tidak mengetahuai dengan tepat apa yang mecetuskan sakit bersalin. Allah maha mengetahui. Tetapi bayi yang menentukan , ia mengeluarkan sejenis kimia perangsang yang menyebabkan rahim menguncup/contraction. Diantara bahan2 tersebut ialah oxytocin dan prostaglandins dan inilah ubat2 yang kita biasa gunakan untuk 'induction of labour'
Mengapa perlu induction?
1. Melebihi tarikh jangka lahir/EDD . Jika umur kandungan antara 41-42 minggu dan masih tidak lahir, induction perlu dilakukan.
2. Bayi terancam. olih preeklampsia ( darah tinggi, albumin dalam kencing dan bengkak kaki), pertumbuhan bayi bolih terencat , nyawa ibu bolih terancam jika berlaku 'sawan beranak'/ eclamptic fit
3 .Diabetes, pertumbuhan bayi terlalu besar dan sukar lahir normal, bayi bolih mati sebelum cukup bulan
4. 'Placental insufficiency' sebab kerosakan uri - dan kesannya ialah bayi tidak membesar/rendah berat badan atau IUGR.
3. Permintaan ibu untuk tarikh lahir tertentu atau sebab2 peribadi
Induction perlu dilakukan bila bayi sudah cukup bulan iaitu antara 37-40 minggu umur kandungan dan dianggarkan berat badan bayi bila lahir melebihi 2.5 kg
INDUCED LABOUR
Bagaimana saya lakukan
Satelah membuat keputusan untuk induce, saya akan periksa vaginal(VE) untuk menilai kaedaan pintu rahim, sudah terbuka atau masih tutup, lembut atau keras - mudah buka atau tidak apabila kita mulakan ubat penguncup rahim. Kedudukan kepala bayi dan keluasan ruang rongga ponggng pun penting untuk menentukan samada kelahiran secara normal bolih berlaku atau tidak,
Masuk wad bersalin dihospital awal pagi lepas subuh. Pesakit akan diberi enema utuk mengosongkab saluran najis bagi memudahkan kepala bayi turun kedalam rongga ponggong.
Ubat perangsang kuncupan rahim.
Oxytocin/Pitocin akan diberikan secara iv drip, biasa saya mulakan 2 atau 5 units dalam sebotol air saline dan diberikan perlahan2 mulai 10 dpm dan seterusnya ditingkatkan mengikut response yang diukur dari kekerapan kuncupan rahim. Sasaran kita ialah kuncupan yang kuat selama 40-45 saat dan berlaku setiap 2-3 minit sekali.
Selain dari pitocin, ubat prostaglandin juga digunakan untuk induction,, jenama yang terkenal ialah 'cytotec', sabenarnya ubat ini sering digunakan untuk merawat gastrik, tetapi tindakan meransang kuncupan rahim amat kuat ban berkesan. Ia dimasukkan kedalam faraj dengan dos permulaan 1/4 tablet, dan bolih ditingkatkan kepada 1/2 tablet 4-6 jam kemudian jika contraction tidak bermula atau tidak kuat . Saya sendiri telah menghentikan dari menggunakan cytotec kerana kadang2 kuncupan rahim terlalu kuat dan kerap sehingga bolih mebahayakan bayi dan ibu.
ARM atau memecahkan membrane amnion bolih mempercepat kelahiran. Prosedur ini sering saya lakukan apabila contraction sudah kerap dan sederhana kuatnya, ARM dilkukan dengan alat khas dan biasanya bila pintu rahim sudah mula terbuka, 2-3 cm. Air toban dikeluarkan dan dari warnanya yang jernih , kita tahu kaedaan bayi adalah sihat, tetapi jika berwarna hijau sebab bayi telah mengeluarkan najis ini munkin tanda bayi terancam atau fetal distress.
Pengurusan labour dan kelahiran adalah saperti biasa. Labour monitoring perlu rapi denagn menggunakan peralatan elektronik untk memantau contraction dan denyutan jantung bayi.
Cara mengesan bayi lemas/fetal distress
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar