Loya-Loya
Loya di pertingkat kehamilan biasa terjadi. Cara mengatasinya ialah dengan memastikan perut tidak kosong. Makan dengan sedikit dan kerap dapat membantu. Elakkan daripada makan sehingga kenyang. Jika masalah berlarutan sila berjumpa doktor.
Pedih Ulu Hati
Makan kerap dalam kuantiti yang sedikit. Makan secara perlahan dan elakkan daripada baring selepas makan. kurangkan makanan berlemak, keju yang keras, makanan goreng, mentega, ais krim premium, kopi, makanan berempah, minuman beralkohol dan coklat.
Sembelit
Boleh dikurangkan dengan meningkatkan pengambilan sayur, buah-buahan, bijirin dan minum air secukupnya.
Pengamal Diet (Vegetarian)
Pastikan pengambilan makanan terdiri daripada beberapa kombinasi beberapa jenis kekacang. Jika tidak mengambil hasil tenusu atau telur adalah disarankan untuk mengambil pil vitamin B12 sebagai tambahan (mengikut nasihat doktor).
Alah Susu
Susu adalah penting sebagai sumber kalsium jika tidak boleh minum susu tingkatkan pengambilan sumber lain seperti ikan bilis, sardin, kekacang dan sayuran hijau. Pil vitamin tambahan adalah disarankan mengikut nasihat doktor.
Home » Pemakanan Ibu » Masalah Pemakanan Sebelum hamil, Persediaan Semasa Hamil Dan Menyusukan Bayi

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar