Anemia

Bookmark and Share

Definisi Anemia



Anemia merujuk kepada keadaan kekurangan darah di mana paras hemoglobin seseorang itu berada pada tahap kurang daripada 11gm%.



Punca-Punca Anemia



Anemia boleh disebabkan oleh kekurangan nutrient seperti zat besi, asid folik atau vitamin B12 dan juga penyakit seperti malaria, jangkitan cacing dan thalasemia. Walau bagaimanapun, anemia yang berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrient berpunca daripada masalah berikut:

Kurang makan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12.

Kerap makan makanan yang menghalang penyerapan zat besi seperti teh, kopi dan produk soya.



Makanan yang dimakan mempunyai kadar penyerapan zat besi yang rendah.



Status Anemia



Status anemia ditentukan melalui paras hemoglobin dalam darah seperti berikut:



Paras Hemoglobin (Hb) / Status Anemia



Hb kurang 9 gm% (Anemia Teruk)

Hb antara 9 – 10.9 gm% (Anemia Sederhana)

Hb 11 gm% dan ke atas (Normal)



Tanda-Tanda Anemia



Pucat

Letih dan Lesu

Pitam

Kerap mengalami sakit kepala dan pening.



Kesan-Kesan Anemia



Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi boleh memberi kesan ke atas produktiviti, pencapaian intelektual dan kehamilan puan. Anemia yang berlaku semasa kehamilan boleh memberi kesan kepada puan dan bayi dalam kandungan puan seperti berikut:



Kesan Anemia Kepada Ibu



Keguguran

Bersalin Awal

Kematian Janin dalam kandungan

Tumpah darah selepas bersalin



Kesan Kepada Bayi dalam Kandungan



Kurang berat lahir (kurang 2.5 kg)

Lahir tak cukup bulan (premature)

Anak lemas semasa lahir (Asphyia)

Pertumbuhan bayi terbantut



{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar