Ukuran Bayi

Bookmark and Share


Sebaik sahaja dilahirkan, keadaan bayi secara keseluruhannya akan diperiksa oleh doktor berdasarkan skala APGAR. Lima aspek bayi diperiksa bagi memastikan bayi itu cergas dan sihat.

Setelah itu, pemeriksaan menyeluruh terhadap keadaan fizikal bayi akan dilakukan. Pemeriksaan ini bagi memastikan wajah dan perkadaran badan bayi adalah normal, keadaan tulang belakangnya baik, memeriksa bahagian dubur, kaki tangan serta jari-jarinya, mencatatkan jumlah salur darah pada tali pusat bayi, menimbang berat, mengukur tinggi dan saiz kepala, serta memeriksa suhu badan bayi.


Berat Bayi

Berat bayi matang biasanya antara 2.5 hingga 4.5 kg. Ibu-ibu yang tinggi, berbadan besar atau mempunyai masalah diabetes biasanya akan melahirkan bayi yang lebih berat. Manakala ibu yang menghidap darah tinggi atau merokok semasa mengandung, akan melahirkan bayi yang lebih kecil. Biasanya bayi lelaki lebih berat daripada bayi perempuan.


Ukur Lilit Kepala

Saiz normal kepala bayi ialah kira-kira 35cm. Ukuran lilit kepala diambil bagi memeriksa perkembangan otak bayi. Pada masa dilahirkan, saiz kepala bayi ialah kira-kira satu perempat daripada saiz badan keseluruhannya. Saiz kepala yang jauh lebih kecil atau lebih besar menandakan ada sesuatu kejanggalan pada bayi anda.


Ujian APGAR

Sebaik sahaja dilahirkan, bayi akan diberikan lima jenis ujian yang dikenali sebagai ujian APGAR – bagi menentukan kesihatan bayi secara keseluruhan. Markah yang diambil selepas seminit akan memberikan maklumat mengenai kesihatan bayi sebaik dilahirkan bagi membantu doktor memutuskan bentuk rawatan kesihatan segera dan masa depan yang diperlukan. Markah selepas 5 minit mencatatkan tindak balas bayi selepas diberikan bantuan.


Jika selepas 1 minit:

Markah 7-10 – bayi hanya memerlukan penjagaan rutin selepas dilahirkan.
Markah 4-6 – bayi mungkin memerlukan bantuan pernafasan.
arkah bawah 4 – bayi memerlukan langkah menyelamatkan nyawa segera.

Selepas 5 minit:

Markah 7-10 – bayi normal
Markah bawah 7 – bayi akan dipantau dan diuji lagi setiap 5 minit - 20 minit.

Pengiraan Markah APGAR

Degupan Jantung

0 – Tiada degupan jantung
1 – bawah 100 degupan seminit (bayi tidak begitu responsif). Lebih 100 degupan seminit (bayi jelas sihat bertenaga).

Respirasi

0 – Tidak bernafas
1 – Tangisan lemah, mungkin kedengaran seperti merengek atau merengus
2 – Tangisan yang kuat dan bagus

Tonus Otot

0 – Lesu
1 – Sedikit pergerakan tangan dan kaki
2 – Pergerakan aktif

Tindak Balas

0 – Tiada tindak balas
1 – Mengerutkan muka jika diusik
2 – mengerutkan muka dan batuk atau bersin ketika diusik

Warna

0 – Seluruh badan bayi kelihatan biru atau pucat
1 – Warna badan yang baik dengan kaki atau tangan kebiruan
2 – Seluruh badan berwarna kemerahan atau warna baik.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar