Saat itu sungguh indah ketika aku membawa Wana yg baru berusia satu bulan untuk appointment dgn doktor pakar yg telah bersusah payah menjaga kandungan ku selama 9 bulan dan beliau juga yg melakukan pembedahan caesarean utk kelahiran sulong ku iaitu Datuk Dr Hamid Arshat. Rasa bahagia ketika itu hingga tidak sabar untuk bertemu doktor kerana beliau banyak memberi nasihat, doa-doa dan zikir untuk ku amalkan sepanjang kehamilan. Beliau seorang doktor yg lemah lembut dan kaya dgn sifat kebapaan yang sungguh mulia. Terima kasih doktor.
Sedikit perkongsian, setahun sebelum berjaya mengandung mama dinasihatkan untuk menjalani operasi laparoscopy kerana darah beku di saluran fallopian. Walaupun pembedahan itu nampak simple dan sekejap sahaja tetapi selepas habis ubat bius kesakitannya sangat memuncak di mana dua hari selepas dibenarkan pulang ke rumah, perut mama masuk angin kembung spt org mengandung 9 bulan.
Perut rasa seakan nak pecah. Ketika itu segalanya sakit, baring sakit, duduk sakit, menyandar sakit, nak berdiri sakit malah berjalan nak ke toilet pun tersangat-sangat sakit hingga bernafas pun sakit. Selama seminggu perut membusung, ingat nazak menghampiri. Airmata sentiasa berlinangan kerana menahan kesakitan yang amat sangat. Tuhan sahaja yg tahu. Kakak, ibu, suami, saudara mara datang menziarah pun hanya sekadar memandang simpati.
Tiada siapa yg dapat merengankan kesakitan dan kepedihan itu. Berkat doa yg tak putus-putus, alhamdulillah mama kembali sihat dan 3 bulan selepas itu mwana disahkan mengandung anak sulong. Subhanallah ...syukur Alhamdulillah. Terlalu gembira untuk menerima anugerah keajaiban ini. Selama 9 bulan juga mama rasa seperti berjalan di awang-awangan kerana kegembiraan walhal selama 9 bulan juga sebenarnya mama tidak boleh baring bermakna selama 9 bulan mama tidur duduk menyandar. Selama 9 bulan juga tidur-tidur ayam kerana tidak selesa dengan perut yang membesar begitu cepat, diusia 3 bulan macam mengandung 6 bulan. Baru 6 bulan mengandung tetapi macam 9 bulan.
Semasa 8 bulan pula dah tak boleh berjalan, kaki membengkak dengan saiz tubuh macam Giant kata rakan2 sepejabat mama. Kini, Wana dah besar dan sedang melanjutkan pengajian di UiTM. Untuk anakanda Wana, andai membaca warkah bonda ini ketahuilah bahawa kesakitan itu sungguh indah selama kamu di dalam rahim bonda dan dewasalah menjadi Puteri Solllehah sebagaimana doa-doa yang Doktor beri untuk amalan.
Kini, semuanya Owh, So Wonderful. Life is really really wonderful. Dalam kepedihan hidup ini...... Its awesome. Benarlah AlQuran itu. Setiap dugaan dan kesabaran itu ada hikmahnya. Subhanallah. Alhamdulillah.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar