Kadang kala kerja pak bidan stress juga , khususnya bila berdepan dengan situasi dimana pesakit dan suami yang mempunyai pandangan berlainan dan sukar mengikuti nasihat saya. Ini berkaitan cerita seorang pesakit yg baru saya sambut kelahirannya. Tujuan cerita ini hanya untuk tujuan sebagai iktibar sahaja, bukan untuk tujuan mengkritik atau menghina sesiapa.
Seorang wanita umur tiga puluhan tahun , berkahwin dengan seorang lelaki dari negara lain. Pasangan tersebut berjumpa saya kerana kehamilannya, anak sulung disyakki mengidap down syndrome dari satu ujian darah , mereka mohon pandangan saya apa nak buat tentang kandungannya, Perlukah buat ujian2 lain untuk mengesahkan diagnosis. Pendapat saya berbeza dari banyak doktor2 lain khususnya doktor bukan muslim. Walaupun kita bolih sahkan down syndrome dengan ujian khas - amniocentesis dan chromosome analysis, kita tidak dibolihkan menggugurkan kandungan. Lihat video ini
Lagipun umur kandungannya ketika berjumpa saya telah melebihi empat bulan, dimana semua organ2 tubuh badan bayi telah terbentuk. Menggugurkan adalah haram hukumnya. Mereka bersetuju dengan pendapat saya untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan, dengan betawakkal kepada Allah SWT.
Mereka datang untuk prenatal check up mengikut jadual setiap bulan sehingga 7 bulan dan lepas itu setiap dua minggu sekali. Pertumbuhan bayi normal, kedudukan bayi, denyut jantung, dan uri semuanya dalam kaedaan normal sehigga bulan terakhir.
Sakit bersalin bermula pada 17/3 dan masuk ke wad bersalin pukul 2 petang dengan kekerapan kuncupan rahim setiap 5 minit tapi tidak kuat , pintu rahim baru 2-3 cm, peringkat awal labour. Saya cadangkan , masuk ubat pitocin untuk mempercepat contraction tapi mereka tidak setuju. Tidak mengapa, mereka mahu natural labour. Pukul 9 malam sakit mankin kerap dan kuat, tidak tahan sakit, mohon Epidural Block untuk hilangkan sakit, itu dilaksanakan, Electronic monitoring untuk jantung bayi mencatit kadar 150 bt/ min, itu normal tapi tracing 'flat ' menunjukkan munkin ada masalah bekalan oksijen kepada bayi (Fetal distress), Kita teruskan pemantauan ibu dan bayi; pukul 1.20 pagi membrane pecah dan air toban warna hijau pekat sebab najis bayi dan kadar denyut jantung bayi meningkat kepada 180 bt/min dan pintu rahim hanya 4 cm sahaja - ini memang tanda 'fetal distress'.
Persediaan untuk emergency cesarean terus dibuat untuk mencegah bayi mati lemas. Bilik bedah bersiap sedia, doktor bius sudah tiba dan saya dalam perjalanan kehospital pada pukul 1.45 pagi untuk melakukan pembedahan. Tiba2 labour ward sister beritahu saya pesakit dan suami enggan beri kebenaran untuk bedah. Kecoh juga staf labour ward. Saya terus menuju kelabour ward dan meriksa pesakit, memang benar semua tanda2 fetal distress memang nyata, tapi bila saya periksa vagina, pintu rahim telah buka 7 cm pada pukul 2,pagi .
Suami masih enggan untuk bedah, saya beritahu tentang risiko bayi mati lemas, dia sanggup tanggung risiko. Urusan bedah dibatalkan, saya kena tunggu dan tidur di bilik sebelah pesakit. Pukul 4 pagi nurse ketuk pintu bilek saya mengatakan pintu rahim 'fully dilated - 10 cm'. Saya terus lakukan vacuum delivery, sukar juga baayi hendak keluar, denyutan jantung bayi semankin perlahan dan lemah, stress jug kita dibuatnya. Akhirnya dapat juga keluarkan bayi, tapi flat. tidak menangis dan tidak bernafas. kita kelam kabut resuscitate bayi dengan peralatan pernafasan dan lepas itu kita kejarkan bayi ke neonatal ICU dan perlu intubation ( masuk tiub pernafasan), insyaallah setakat ini bayi dalam kaedaan memuaskan. tolong doakan.
Lepas ibu tumpah daraah pula, kehilangan 800 ml darah, saya beri rawatan sewajar untuk menghentikan perdarahan, Alhamdulillah , perdarahan berhenti dan pesakit telah pulih. Bayangkan bagaimana tegangnya situasi tersebut. Beginilah kehihupan pakar bidan yang sering dibebankan dengan tanggung jawab yang amat berat. Semoga Allah melindungi dan memberkati kita.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar