Panduan Memberi Makanan Pelengkap

Bookmark and Share
  • Berikan susu terlebih dahulu sebelum memberi bayi makanan pelengkap. Ini akan membolehkan ibu menghasilkan cukup susu bagi jangkamasa yang lebih lama.
  • Sediakan hidangan yang seimbang. Hidangan seimbang bagi bayi perlu mengandungi bahan dari 5 kumpulan makanan iaitu kumpulan bijirin dan ubi-ubian, kumpulan ikan, daging dan telur, kumpulan sayur dan buah serta kumpulan minyak dan lemak.
  • Pelbagaikan makanan bayi. Berikan bayi pelbagai jenis makanan agar dapat semua zat yang diperlukan. Ini juga dapat mengajar bayi kepelbagaian rasa dan warna.
  • Tambahkan minyak atau lemak di dalam makanan bayi. Bayi perlukan banyak tenaga untuk tumbesaran. Minyak dan lemak seperti marjerin atau mentega dapat menambahkan kandungan tenaga di dalam hidangan.
  • Tidak perlu tanbah garam, gula atau bahan perasa di dalam makanan. Beri peluang bayi menikmati rasa semulajadi makanan.
  • Sediakan makanan mengikut tekstur yang sesuai untuk umur. Tekstur makanan hendaklah disediakan mengikut kebolehan bayi iaitu: (6 bulan - dikisar / 7 - 9 bulan - dilecek / 10 - 12 bulan - dicincang)
  • Mulakan dengan sedikit dan tambahkan kuantiti makanan secara beransur-ansur mengikut peringkat umur.
  • Jadikan masa makan yang menyeronokkan. Jangan paksa bayi makan jika dia belum bersedia atau tidak mahu makan.

Tips

6 Bulan - Kisar makanan supaya ia halus dan lembut. Beri bayi makanan dalam kuantiti yang kecil selepas menyusukan bayi dengan susu ibu.

7 - 9 Bulan - Lecek makanan yang kasar dan lebih pekat supaya ia lembut dan halus. Beri makanan 2 - 3 kali sehari selepas menyusukan bayi anda dengan susu ibu.

10 - 12 Bulan - Cincang atau potong kecil makanan supaya mudah dikunyah oleh bayi. Beri makanan 3 - 4 kali sehari selepas menyusukan bayi anda dengan susu ibu.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar