Anatomi Tubuh Bayi Baru Lahir

Bookmark and Share
Jangan kecewa jika bayi baru lahir kelihatan agak berbeza dari apa yang anda jangkakan. Dia mungkin kelihatan lebih kecil dan amat mudah tercedera. Saiz kepalanya yang kecil mungkin dilitupi bahan berminyak putih (verniks). Ikuti panduan lengkap anatomi tubuh bayi baru dilahirkan serta fungsinya.

Bahagian Kepala

Berbentuk Ganjil

Ia disebabkan oleh tekanan semas proses kelahiran. Kepalanya akan kelihatan kembali normal dalam masa dua minggu.

Fontanel
Terletak di bahagian atas kepalanya dan merupakan bahagian tompok yang kembut. Ini kerana tulang tengkoraknya masih belum bersambung. Pada usia bayi mencecah 18 bulan, tulang tengkorak di bahagian ini sepatutnya bersambung.

Kelopak Mata
Kelihatan membengkak kerana disebabkan tekanan semasa kelahiran. Seeloknya minta doktor atau bidan memeriksa mata bayi anda kerana ada kalanya bayi mungkin terkena jangkitan.


Tangan Dan Kaki

Berwarna Biru

Ia berlaku kerana peredaran darah bayi anda yang masih belum mampu berfungsi dengan sempurna. Jika anda mengalihkan bayi anda pada kedudukan lain, warna kebiruan ini mungkin akan bertukar menjadi merah jambu.

Kuku
Lazimnya kelihatan panjang ketika dilahirkan. Jangan dipotong kuku bayi anda sebaliknya cuba gigit kuku ini supaya ia pendek dan tidak mencalarkan kulit bayi.

Buah Dada
Buah dada bayi anda mungkin kelihatan membengkak malahan mengeluarkan sedikit susu. Ini merupakan perkara biasa bagi kedua-dua jantina. Bengkak ini sepatutnya susut dalam jangka masa dua hari. Ingat!! Jangan picit keluar susu itu.

Kemaluan
Bagi bayi yang baru dilahirkan, bahagian kemaluannya akan kelihatan besar (bayi lelaki dan perempuan). Mungkin juga terdapat lelehan dari faraj bayi perempuan kerana disebabkan oleh hormon ibunya. Bagaimanapun ia akan hilang tidak lama kemudian. Bagi bayi lelaki, zakarnya akan tertarik ke atas groinnya, jika anda bimbang berjumpalah dengan doktor.

Najis
Ketika dilahirkan, usus bayi mengandungi bahan gelap dan melekit. Ia dipanggil mekonium. Najis bayi akan berubah warna sebaik sahaja bayi mula makan.


Kulit

Kulit Mengelupas

Selain bintik dan ruam yang menjadi perkara biasa pada bayi, dia juga mengalami kulit mengelupas terutama pada bahagian kaki dan tangan. Ia sepatutnya hilang dengan sendiri dalam masa beberapa hari.

Lanugo
Bulu roma halus ini mungkin kelihatan agak ketara terutama pada bayi yang dilahirkan awal. Bagaimanapun lanugo akan tanggal dalam masa dua minggu.

Verniks
Berwarna putih dan berminyak. Ia merupakan bahan yang melindungi kulit bayi semasa di dalam rahim. Ia mungkin juga meliputi seluruh badan bayi, boleh dibersihkan (dilap) dengan mudah.


Tanda Lahir


Tanda Merah
Dikenali juga sebagai gigitan burung bangau. Biasanya terdapat pada kelopak mata, dahi dan belakang leher. Tanda ini mengambil masa setahun untuk hilang.

Tanda Lahir Strawberi
Tanda yang agak membimbangkan ibubapa kerana saiznya perlahan-lahan menjadi semakin besar. Tanda ini hilang apabila anak-anak anda mencapai usia lima tahun.

Tanda Biru
Dikenali juga sebagai tompok biru Mongolia. Biasanya ditemui di sekitar punggung bayi yang berkulit gelap.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar