Bayi Songsang Breech

Bookmark and Share



Kedudukan bayi biasa belum stabil lagi sehingga lapan bulan kandungan (32 minggu). Jangan buat apa2 untuk pusingkan bayi. Waktu malam becakap dengan bayi untuk turunkan kepala, bayi akan mendengar dan munkin akan response. Pada 32 minggu jika masih songsang dan tidak ada uri menghalang (placenta previa), saya sering cuba pusingkan (ECV) tapi cara gentle tanpa paksaan.

Kelahiran breech/songsang melalui faraj membawa sedikt risiko kepada bayi, iaitu lemas  yg munkin bolih membawa kepada kematian bayi. Olih itu ia tidak bolih dikendalikan olih mereka yang kurang mahir. Kebolihan dan kemahiran menyambut kelahiran bayi songsang/breech dianggap sebagai ukuran kepandaian pakar bidan tersebut. Ianya satu seni dan bila kita lihat segala pergerakkan untuk menyambut bayi dengan memegang kedua belah kaki dan menarik bayi keluar dari saluran faraj serta dengan gerakan memusing badan bayi untuk mengeluarkan kedua belah tangan , ia saperti satu kemahiran yang unik. Apabila kedua tangan telah keluar, kepal bayi perlu dikeluarkan, inilah saat yang paling cemas. Salah satu dari dua teknik bolih digunakan,  pertama kepala ditarik keluar dengan alat forceps atau kedua dengan teknik yang digelar MSV yang saya biasa genakan tanpa forceps.






breech baby, frank breech, footling breech, complete breech


{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar