Demam denggi ialah demam yang berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes, pembawa virus denggi. Virus denggi merebak daripada seorang ke seorang melalui gigitan nyamuk itu pada siang hari. Demam denggi sering berlaku di kawasan bandar yang dikenal pasti sebagai kawasan denggi. Demam ini selalunya berlanjutan di anara 3 hingga 7 hari. Semasa demam, ruam merah akan timbul. Demam denggi berbahaya kerana pesakit boleh berdarah dan menjadi tenat dengan cepat.
Tanda-Tanda
Tindakan Ibubapa
Tanda-Tanda
- Demam lebih daripada 3 hari.
- Kulit kemerah-merahan dan ada bintik-bintik.
- Sakit perut, pening kepala, sakit sendi.
- Muntah darah.
- Badan menjadi sejuk dan berperangai tidak menetu.
- Kurang air kencing.
Tindakan Ibubapa
- Kurangkan demam dengan memberi ubat paracetamol yang cukup dosnya.
- Galakkan anak mium air secukupnya.
- Periksa anak dengan teliti untuk melihat sekiranya ada ruam kemerah-merahan atau bintik-bintik di kulit (di muka atau anggota badan).
- Bagi mencegahnya gunakan kelambu apabila tidur dan pastikan tiada air bertakung di kawasan rumah kerana nyamuk akan membiak di situ.
- Demam berpanjangan
- Ruam kemerah-merahan
- Tinggal di kawasan denggi dan anak demam
- Jika disyaki atau bimbang anak menghidap demam denggi.
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar