Elak Keracunan Makanan

Bookmark and Share
Wanita hamil perlu berhati-hati dengan pemakanan yang diambil kerana mudah mengundang risiko terhadap kandungan. Berikut antara perkara yang perlu anda perhatikan dalam pemakanan untuk mengelakkan keracunan makanan yang boleh membahayakan kehamilan anda.
  • Elakkan beli makanan yang sudah luput tarikh lupusnya atau pembungkusannya sudah rosak.
  • Jangan membeli susu atau makanan berasaskan susu yang tidak dipasteur.
  • Simpan daging atau tenusu di bawah suhu 40 darjah selsius.
  • Pastikan tangan sentiasa bersih sebelum memegang makanan.
  • Cuci sebersihnya buah atau sayuran mentah sebelum dimakan.
  • Makanan yang diperap atau didingin beku dalam peti sejuk haruslah dimasak dahulu sebelum dimakan.
  • Jauhi makanan mentah atau separuh masak.
  • Pastikan daging dan makanan laut dimasak dengan sempurna.
  • Pastikan makanan yang dingin beku seperti sosej benar-benar masak kerana makanan jenis ini tidak menjamin bakteria mati sepenuhnya.
  • Jauhi daripada membeli makanan yang dijual di tepi-tepi jalan, warung yang tidak menjaga kebersihan, kerana ditakuti makanan terdedah dengan kotoran.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar