Untuk memastikan proses kehamilan anda bermula dengan sebaik-baiknya, adalah sewajarnya anda berpandangan jauh. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil, yang bukan sahaja dapat meningkatkan peluang anda untuk hamil, malahan juga menjamin bayi anda lahir secara normal dan sihat. Sebaik-baiknya anda dan pasangan anda hendaklah merancang proses kehamilan itu tiga (3) bulan sebelum anda hamil. Ini adalah kerana dalam beberapa minggu pertama inilah, ketika anda tidak menyedari anda hamil, perkembangan bayi mudah terjejas.
Justeru itu, menjaga kecergasan badan dan makan dengan sempurna dapat memastikan anda telah melakukan langkah yang sebaik-baiknya dalam menjaga dan membekalkan zat yang perlu kepada bayi dalam kandungan. Namum begitu, terdapat juga perkara lain yang perlu dipertimbangkan, mungkin terdapat risiko bahaya di tempat kerja yang boleh mempengaruhi kesihatan bayi anda ataupun anda belum divaksinkan bagi rubela semasa remaja. Perancangan untuk kehamilan dapat memberi anda masa untuk menimbangkan risiko ini dan jika perlu, melakukan sesuatu yang positif terhadapnya.
Home » Panduan Kehamilan » Perancangan Untuk Kehamilan

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar