Semua Ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan Pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan. Ini bermakna dari lahir hingga enam bulan bayi:
- diberi susu ibu sahaja
- tidak perlu air atau susu tambahan
- tidak perlu makanan pelengkap
Mengapa Perlu Menyusu Secara Ekskusif selama 6 Bulan Pertama bayi?
Faedah-faedah susu ibu untuk bayi
- Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
- Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai
- Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit birit serta penyakit saluran pernafasan
- Mengurangkan risiko kepada alahan
- Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
- Kurang masalah pergigian dan ortodontik
- Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak
- Menggalakan tumbesaran
- Penghadaman yang mudah
Faedah-faedah susu ibu untuk ibu
- Membantu mengecut rahim - mengurangkan pendarahan
- Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
- Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
- Menjimatkan masa dan wang
- Mudah dan tidak perlu persediaan
Kepentingan Penyusuan sepenuhnya (Ekslusif)
- Tiada minuman lain diberikan selain susu ibu
- Tidak memberi puting tiruan kepada bayi (pacifier)
- Berikan penyusuan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8 - 12 kali sehari.
- Antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi
- Mengurangkan alahan
- Menjaga kesihatan bayi dan anak
- Mengelakkan bengkak payudara
- mengeratkan kasih sayang

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar