Makan Lebih Sumber Asid Folik, Zat Besi & Vitamin C

Bookmark and Share
Asid Folik dan Zat Besi penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin pada awal kehamilan. Vitamin C pula meningkatkan penyerapan zat besi.

Sumber dan Fungsi Asid Folik, Zat Besi & Vitamin C.

Asid Folik
Berfungsi untuk mencegah kecacatan tulang belakang bayi dan sebagai pembentukan darah.

Sumber:
Hati
Limpa
Paru
Sayur Hijau
Buah dan sayur Berwarna Kuning
Kekacang


Zat Besi
Berfungsi untuk pembentukan darah ibu dan janin serta mencegah pucat (anemia) dikalangan bayi.

Sumber:
Hati
limpa
Paru
Daging
Ayam
Sardin
Sayur Hijau
Hasil Soya

Makan makanan zat besi bersama makanan tinggi vitamin C seperti sayur, buah atau jus buah.

Elakkan mengambil makanan bersama teh atau kopi kerana boleh mengurangkan penyerapan zat besi yang ada dalam makanan.


Vitamin C
Berfungsi untuk meningkatkan sistem imunisasi, membantu penyerapan zat besi serta membina gusi, gigi dan tulang bayi.

Sumber:
Betik
Buah Limau
Jambu
Mangga

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar