Keterangan & Cara Penggunaan
Tablet Haruan
Membantu mempercepatkan penyembuhan
luka luar dan dalam, terutama luka jahitan faraj. Diambil 2 biji sebelah pagi sehingga sebulan, tempoh yang cukup untuk melegakan luka.
Tablet Prawan
Sebagai ‘ubat periuk’ untuk membantu menyihatkan rahim, mengecutkan peranakan dan menguatkan kembali badan selepas melahirkan.
Cara Penggunaan:
Ambil 2 biji sebelah petang bermula hari ke 4 sehingga habis pantang 44 hari.
Ginger Cream
Membantu membuang dan mencegah masuk angin serta menghangatkan badan.
Cara Penggunaan:
Sapu di dahi menggantikan pilis, atau mana-mana bahagian badan. Baik untuk dicampur minyak untuk berurut.
Minyak Telon
Sapu di perut atau badan bayi untuk menghangatkan badan serta mencegah masuk angin.
Body Contour Gel
Membantu mengurangkan lemak dan selulit. Picit sebesar duit 20 sen dan sapu di perut, pinggang, pinggul dan paha sebelum berbengkung bagi merampingkan kembali badan. Basuh tangan dengan sabun selepas sapuan.
Bengkung Correctuer
Bengkung ikat yang sangat praktikal untuk membantu membentuk dan meramping, badan pinggang dan mengempiskan perut.
Cotet Emas Uncang
Minuman harian sepanjang berpantang untuk mengecutkan peranakan tanpa masalah urat dan rahim kembang serta memberi kesihatan dalam yang lebih baik.
Pek Tungku Herba
Rawatan bertungku tradisi yang mudah, dengan 5 herba di dalam pek cotton, dipanaskan secara stim lalu ditungku ke seluruh badan terutama perut.
Home »Unlabelled » Leesa Confine Mum (Detail)

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar